andai aku tahu...........andai aku mampu

tuhan bekerja dalam rahsia..tiada yang terbaik melainkan takdir dariNya..

tuhan maha mengasihani..tiada yang berkuasa selain dariNya...

usaha doa dan tawakal..redha dengan ketentuannya....

andai aku tahu....






Kehidupan duniawi hanyalah kehidupan yang memberikan kepuasan sementara..kejarlah kehidupan hakiki kerana nikmatya tidak dapat digambarkan dan tidak ada nilai taranya dengan mana-mana kepuasan yang dikecapi...

sering kita terlupa dan mungkin boleh diistilahkan sebagai tidak peka kerana fitrahnya kita sebagai manusia biasa yang tidak lekang dari lalai dan alpa..setelah terjadi sesuatu yang mengaibkan atau kurang disenangi mulut dengan pantas akan berkata "kalau aku tahu.."

Tepuk dada tanyalah iman..dimana kekuatan di mana kesabaran.."andai aku tahu.."
sungguhnya jangan la kamu sesali apa yang telah terjadi , tapi insafilah dan bermuhasabahlah agar ia tidak akan berulang kembali. seringkali manusia mengibaratkan hidup ini sebagai roda,sentiasa berputar kadangkala diatas dan kadangkala dibawah, bagi saya pula kehidupan ini lebih mudah diibaratkan sebagai jalan raya..satu perjalanan panjang yang ada penghujungnya. jalan raya yang penuh liku, ada sebahagian jalan yang cantik, ada sebahagian jalan yang rosak dan berlubang, ada jalan yang bersimpang siuh dan ada juga jalan yang tegak lurus menghala kehadapan juga lampu isyarat sebagai panduan...manusia ibarat kereta yang dipandu oleh hati, jasad diibaratkan sebagai roda dan jalan raya sebagai perjalanan hidup yang ada permulaan dan sedang menuju ke penghujungnya..yang pasti setiap inci jalan raya itu perlu dilalui dengan berani..setiap kesukaran sepanjang melalui perjalanan hidup adalah buah-buah kemanisan untuk sampai ke titik akhir sebuah perjalanan..hati perlulah cekal dan jasad perlulah kebal, mengelak bila melintasi lubang sepanjang perjalanan,berfikir untuk memasuki simpang yang mana sebelum membuat keputusan dan mematuhi peraturan-peraturan duniawi dah ukhrawi sepanjang perjalanan itu sebagai panduan dan pedoman..dan jangan lah sekali-kali lalai dan riak andainya telah sampai ke jalan yang lurus dan mudah kerana jalan didepan masih panjang untuk dilalui....


'Aduhai, sekiranya dulu aku berbuat sesuatu untuk hidupku sekarang ini' (surah Al-Fajr 89:24)
ayat diatas jelas sekali menunjukkan fitrah kita manusia yang leka menyediakan diri dan tidak mengambil iktibar dari apa yang telah terjadi..Rasulullah SAW telah mewariskan dua perkara kepada umatnya iaitu Al-Quran dan Al-Sunnah, jadikanlah ia pegangan dan bekalan sepanjang melalui perjalanan kehidupan. motivasikan diri dan jinakkan hati dengan kebaikan. jauhi dari permusuhan dan buruk sangka kerana ia hanya akan menyukarkan proses kehidupan. sentiasa bersedia dan tenang menghadapai ujian demi ujian yang diberikan dengan bersangka baik kerana ujian itu didatangkan ada hikmah disebaliknya.Hanya Dia jua yang maha mengetahui disebalik semua yang terjadi..sentiasalah meminta kepadaNya kerana hanya Dia yang maha memberi dan Dia jugalah yang maha berkuasa atas sesuatu di muka bumi ini...

"Cukupkanlah Allah bagiku. Tidak ada Tuhan selain Dia. Hanya kepadaNya aku bertawakal dan dia ialah Tuhan yang memiliki Arasy yang agung" (surah al-Tawbah 9:129)

sentiasalah meminta dan terus meminta kepadaNya kerana dia Maha Pemberi. Berdoa dan teruslah berdoa kerana doa lah senjata utama orang muslim. Ingat lima perkara sebelum lima perkara, sihat sebelum sakit, hidup sebelum mati, kaya sebelum miskin, lapang sebelum sempit, dan muda sebelum tua..Itulah persediaan sebagai bekalan untuk melalui perjalanan kehidupan. Mudah-mudahan semoga perjalanan hidup kita sentiasa dipermudahkan oleh Nya.

siapalah kita..tanpa cinta Nya

ya Allah..jika aku jatih cinta, cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya pada mu agar bertambah kekuatan ku untuk menyintai mu..ya Muhaimin, jika aku jatuh hati, izinkanlah aku menyentuh hati sesorang yang hatinya tertaut pada mu agar tidak aku terjatuh dalam jurang cinta nafus..ya Rabbana, jika aku jatuh hati, jagalah hatiku agar tidak berpaling daripada hatiMu..yaRabbul Izzati, jika aku rindu, rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid di jalanmu..YaAllah jika aku meinkmati cinta kekasihmu, janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat di persetiga malam terakhirmu..YaAllah, jika aku jatuh hati pada kekasihmu, jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepadamu..YaAllah, jika kau halalkan aku merindui kekasihmu, jangan biarkan aku melampau batas sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepadaMu...Aminnn..

Rasa tersentuh jiwa ini membaca bait-bait ayat kalimah cinta Agung ini, melalui video yang dikirimkan oleh seorang sahabat..betapa aku sedar selama ini aku lalai dalam mendalami makna cinta itu..kenikmatan cinta dunia yang hanya seketika menolak aku kedalam rasa yang tidak sepatutnya..kadangkala aku leka melayan rasa keinginan dan naluri hati untuk dicintai dan menyintai seseorang insan sehinggakan kadangkala rasa itu membawa keaiban yang tidak pernah aku terbayangkan..cinta dunia pada sesama hamba kdangkala tidak mendapat balasan yang didambakan, ketulusan dan keikhlasan hari ini sudah tidak menjanjikan apa-apa yang indah, hanyalah kepentingan diri sendiri dan ayat tipikal yang menjadi taruhannya..

Betapa aku menginsafi diri ini tatkala bibir melafaskan kalimah suci, aku redha dengan ketentuan ilahi..hari ini, aku meletakkan tekad dalam hati, akan aku serahkan jiwa dan raga ini pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepada Mu...

Andai hari ini kita sedang merasa bahagia, andai hari ini kita sedang menikmati syurga cinta, andai hari ini kita terlalu leka dengan indahnya cinta dunia, dibuai rasa indah yang entah dimana penghujungnya..jangan sekali kita lupa, untuk menyintai Nya Yang Maha Esa...semoga kita mendapat rahmat dah hidayah kejalan kebenaran...

sepi itu indah....

sepi itu indah, senyum itu sedekah, rezeki itu nikmat sehajtera itu rahmat..
andai saja hidup ini boleh memilih jalan sendiri, pasti manusia tidak akan pernah memikirkan nikmat kesepian...

berat mata memandang berat lagi bahu memikul..wanita kesepian yang terpaksa menghantar sendiri kereta tatkala ianya minta diservis,wanita yang terpaksa membaiki sendiri lampu dan paip air ketika kesulitan, wanita yang terpaksa tidur dalam ketakutan dan kegelisahan apabila tinggal keseorangan, wanita kesepian yang terpaksa berendam air mata tiada tempat mencurah rasa tatkala memerlukan seseorang untuj berkongsi suka duka..alangkah dahsyatnya hidup keseorangan dan kesepian..

tetapi ingatlah wahai kaum Hawa...kesepian yang membelenggu diri kadangkala bukan satu bebanan tapi adalah satu kekuatan. alangkah nikmatnya hidup yang penuh dengan liku dan ranjau kehidupan berbanding hidup yang tegak lurus tanpa sebarang cabaran..bukan kan lebih indah andai lorong yang kita lalui itu penuh warna warni berbanding lorong yang hanya ada warna hitam dan putih...

tidak kah kamu merasa nikmat di sebalik kesepian itu. tidak kah kamu sedar kamu semakin hebat dengan ujian-ujian yang diberikan oleh yang maha esa,tidakkah kamu sedar kamu semakin dekat dengan yang maha pencipta tatkala kamu meratap hiba diatas tikar sejadah seaktu kesepian datang melanda tanpa mengira masa, tidakkah kamu sedar kamu semakin tabah ketika melalui ranjau itu seorang diri...benarlah kata orang tua-tua, jika kita ditimpa musibah tandanya Tuhan hendak menghapuskan dosa...


tidakah kamu merasa bangga menjadi seorang wanita yang berdikari, tidakkah kamu bangga menjadi wanita yang berani, tidakah kamu bangga semakin hari semakin dekat padaNYa, tidakkah kamu bangga menjadi diri kamu sendiri....

boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui"
( AL-Baqarah:216)..........

renungkanlah wahai kaum Hawa..kerana sesungguhnya TUHAN BEKERJA DALAM RAHSIA...manfaatkan waktu-waktu kita bersamaNya dalam solat lima waktu, nikmati masa-masa bahagia bersamaNya dalam munajat sehari-hari, hargai saat-saat bersamaNya dalam sujud terakhirmu dan cintailah diriNya sentiasa dengan alunan zikir yang indah....

dimana titik penghujungnya....

sayu hati setiap hari melihat ramai bayi yang mati dibuang ibarat sampah.nyawa hari ini sudah tiada nilainya..sehebat-hebat anugerah tuhan bayi comel tidak berdosa menjadi mangsa akibat kerakusan manusia jahiliah..masih bolehkan dipanggil manusia jahiliah sedangkan perbuatan membuang bayi hari ini lebih teruk dari zaman jahiliah dahulu...manusia zaman jahiliah menanam bayi perempuan hidup-hidup, sedangkan hari ini bayi lelaki mahupun perempuan dibuang sesuka hati, dimana-mana sahaja tanpa belas kasihan...sudah hilangkah jatidiri, kasih sayang dan pegangan iman dalam jiwa manusia....

apakah punca dimanakah silapnya..pejamlah mata wahai semua, kita renungkan dan bayangkan seketika bagaimana rasanya andai satu hari nanti sesudah jasad semakin hari semakin tidak berdaya dimamah usia, apabila kudrat tidak lagi sehebat guruh yang berdentum kuat berselang seli dengan kilat bak halilintar membelah bumi, apabila mata layu yang semakin kabur dan langkah longlai yang tiada arah..menghabiskan sisa-sisa nyawa yang masih ada tanpa rasa bahagia, menagih simpati insan lain bernama manusia..mahukah kita menjadi wadah memayungi insan seperti ini sedangkan dahulunya tangan itu sendiri yang mencampakkan satu nyawa yang masih suci dalam longkang yang jijik, tempat yang selayaknya hanya untuk haiwan pembawa penyakit...dia sendiri tiada rasa simpati dalam hatinya, perlukah kita menyayangi manusia seperti ini?? berapakah harga nyawa yang perlu dibayarnya bagi menebus kesilapan lalu??

bukan salah ibu mengandung,tiada silap ayah menanggung, bukan salah guru mengajar, tidak kurang ustaz mendidik,lengkap sudah kasih sayang, sempurna sudah pegangan yang menjadi kayu pengukur satu kehidupan yang panjang...dimanakah silapnya..tepuk dada tanyalah iman..
dimanakah titik penghujungnya...semoga mendapat hidayah kejalan kebenaran..

jadilah wanita paling bahagia

sebuah buku bertajuk Jangan bersedih. Jadilah wanita paling bahgaia. selesai membacanya membuatkan hati saya meronta ingin berkongsi dengan semua isi kandungan buku ini yang boleh menyuntik semangat dalam diri seorang wanita..hiasilah diri anda dengan keindahan dunia ini pada hari-hari yang penuh dengan kegembiraan, musim-musim keceriaan dan malam-malam yang indah agar diakhirnya nanti dengan izin Allah akan menjadi wanita paling bahagia dalam dunia...
wahai manusia yang paling bahagia, kerana agama dan etika, meskipun tanpa permata kalung dan emas yang menghiasinya melainkan berkat tasbih yang selalu dibacanya..bagaikan berita gembira bagaikan hujan bagaikan fajar bagaikan sinar dan bagaikan awan dalam sujud dalam doa...dalam sikap merasa dalam pengawasan Allah dalam pemikiran yang bersumberkan dari cahaya Lauh dan kitab yang juga dipesankan oleh cahaya wahyu yang diturunkan di gua yang darinya Rasul Tuhanmu...engkau adalah manusia yang paling bahagia di dunia berkat keyakinan yang ada dalam qalbumu yang suci lagi penuh ketaaan....

JADILAH WANITA PALING BAHAGIA.....apa itu kebahagian? di mana kebahagiaan? bila akan dapat kebahagiaan? siapa yang boleh memberikan kebahagiaan? selama mana kebahagiaan itu?....ahh..berputar dalam kotak fikiran manusia..masing-masing mencari kebahgiaan dengan cara sendiri...

lain pandangan, lain pendapat lain jalan lain keputusan....kebahagiaan ialah apabila impian menjadi kenyataan. tidak kiralah impian itu milik kita atau milik orang lain...memberikan kehidupan kepada orang lain juga merupakan kebahagiaan walaupun kadang kala kita terpaksa menitiskan air mata demi melihat orang lain bahagia..kepahitan yang akhirknya memberikan kemanisan yang tidak dapat diperolehi jika tidak dahului dengan kesengsaraan dan akhirnya akan tiba kebahagiaan hakiki milik insan berhati nurani yang suci murni...terlalu indah kebahagiaan itu dan ia milik setiap makhluk ciptaanNya...

setiap bait ayat dalam buku ini memberikan inspirasi dalam hidup wanita..buku yang penuh dengan kata semangat dan sarat dengan ilmu yang manfaat..selesai membaca buku ini sy merasa lebih menghargai diri sendiri, benar kata penulisnya..ucapkanlah selamat tinggal kepada kesedihan, tingalkan kegelisahan, hindarkan lorong-lorong kesengsaraan dan jauhlah dari keputusasaan dan kegagalan.kembalilah kejalan keimanan dengan melampiaskan kerinduan kita kepada Allah dan merasa puas dengan qada dan qadarnya.

snsungguhnya, satu-satu jalan terbaik untuk mencapai kebahagiaan adalah dengan mengenal agama yang benar, iaitu agama yang dibawa oleh jujungan besar Nabi Muhammad SAW. Berbahagialah orang-orang yang telah mengenal agamanya, tidak sedikit pun dia merasa gusar walaupun terpaksa tidur beralaskan debu sebagai bantal dan setitis air sebagai bekalan, hatinya merasa bahagia dengan limpah kurnia yang maha esa.