dodol keladi goreng
resepi ini adalah makanan tradisi kaum baba dan nyonya. resepinya mudah dan ringkas tetapi rasanya amat sedap. rasa makan coklat cloud9 sebab dodol akan cair dan bertali selepas digoreng..yummy
bahan-bahan
dodol
keladi
tepung beras
tepung gandum
air garam
sebiji kuning telur
minyak untuk menggoreng
cara-cara..
bancuh tepung beras dan tepung gandum dengan air garam dan kuning telur bersama seperti tepung goreng pisang. potong keladi mengikut bentuk yang disukai dan kapitkan dengan keladi. panaskan minyak dan celup dodol bersama keladi tadi dalam bancuhan tepung. goreng sehingga kuning keemasan..
# keladi jga boleh direbus dan dilecek dahulu sebelum di isi dengan dodol..iku selera masing2....